Bomba Sarawak tidak menolak kemungkinan, berlaku elemen khianat yang menjadi punca sebuah rumah terbakar tiga kali dalam tempoh 12 jam di Kuching pada Khamis.<br /><br />Kejadian pertama dan kedua melibatkan sebuah rumah teres di Jalan Satok 2, sekitar jam 1 dan 8 pagi Khamis.